Parti Politik Utama Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2013 mengikut parlimen

Kerajaan

Barisan Nasional (BN)
Ideologi: Demokrasi

Sejarah: Merupakan campuran beberapa Parti utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 bagi menggantikan Parti Perikatan. Parti ini merupakan Parti yang lama memerintah Malaysia semenjak dari Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada tahun 1957 hingga kini. Walaupun Barisan Nasional memerintah Malaysia dengan begitu lama. Pilihan Raya Umum 2013, Barisan Nasional tidak dapat menguasai negeri Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pembangkang

Pakatan Harapan (PH)


Sejarah: Pada Pilihan Raya Umum 2013 gabungan ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Tetapi pada 2015, Pakatan Rakyat dibubarkan kerana PAS tidak menyertai pakatan ini. Tempat kekosongan PAS disertai oleh Parti Amanah dan Bersatu. Pakatan ini dikenali sebagai Pakatan Harapan.Pada tahun 2016 pula, sebuah parti politik baharu telahpun diumumkan masuk ke dalam gabungan parti politik ini iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Ideologi: Islamisme-Demokrasi-Fundamentalisme Islam

Sejarah: Parti Islam yang mementingkan dasar perjuangan Islam. Parti ini ialah Parti pimpinan ulamak. Parti ini amat menitikberatkan tentang ajaran Islam dan akan menegur segala pelaksanaan kerajaan yang lari daripada shariah Islam. Parti ini ditubuhkan pada 1957. Kubu kuat PAS ialah di negeri Kelantan dan mempunyai beberapa kubu kecil iaitu di Terengganu, Perlis, Selangor dan Perak. Meskipun terdapat ramai penyokong Parti ini tetapi PAS hanya dapat menawan Kelantan sahaja pada Pilihan Raya Umum 2013. Tambahan pula, PAS juga pernah menawan Terengganu dan Kedah serta pernah juga menawan negeri Perak. Pelaksanaan utama Parti ini ialah supaya

Parti-parti gabungan Pakatan Harapan (PH)

(Pembangkang) Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Ideologi: Liberal Sosial-Keadilan Sosial-Demokrasi Sosial-Progresivism

Sejarah: Parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum,sekular dan sosialisme Demokratik. Ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Parti ini ialah salah satu daripada Parti pembangkang yang berpengaruh di Malaysia ini. Parti ini juga mempunyai tiga negeri yang kuat penyokongnya iaitu di negeri Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Parti ini telah pun menawan negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum 2013.

(Pembangkang) Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Ideologi: Keadilan sosial-Progresif-Liberal sosial-Sekular

Sejarah: Parti politik Malaysia yang berunsurkan Keadilan kepada Rakyat Malaysia. Ketua Umum Parti ini Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dianayai dan difitnah meliwat pada tahun 1998 semasa pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamed. PKR mempunyai ramai penyokong di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Pahang. Oleh kerana semangat perjuangan PKR telah membuka hati rakyat supaya tidak terus mendiamkan diri. PKR juga ialah Parti pembangkang utama di Malaysia dan paling berpengaruh.

(Pembangkang) Parti Amanah Negara (Amanah)

Ideologi: Islam - DemokrasiSejarah: Parti ini terdiri daripada ramai bekas penyokong PAS. Parti ini mempunyai ramai penyokong iaitu di negeri Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Parti-parti gabungan kerjasama Pilihan Raya Umum ke-14 bersama Pakatan Harapan (PH)

(Pembangkang) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Ideologi: Nasionalisme Melayu -Sekular -

Sejarah: Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat pada tahun 2015 daripada memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO. Anak Tun Dr Mahathir, Dato' Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat daripada menjadi Menteri Besar Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka bersama-sama penyokong setianya terus menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Terdapat ramai bekas ahli dan pemimpin UMNO memasuki parti ini. Kubu kuat parti ini di negeri Johor oleh kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin berasal dari negeri itu dan di Kedah oleh kerana pemecatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah.

(Pembangkang) Parti Warisan Sabah (Warisan)

Sejarah: Dato' Seri Mohd Shafie Apdal telah dipecat dari jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Naib Presiden UMNO. Beliau menubuhkan Parti Warisan Sabah pada tahun 2016. Pemimpin PKR dari Sabah yang menjadi ahli bebas juga menyertai parti ini dan dilantik sebagai Timbalan Presiden Warisan.

Berkaitan

Keputusan perlawanan pasukan bola sepak Malaysia Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018 mengikut negeri Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2013 mengikut parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2018 mengikut Parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2022 mengikut Parlimen Keputusan pilihan raya umum Malaysia 2013 mengikut negeri Keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1954–55 mengikut negeri Keputusan pilihan raya negeri Selangor 2023 Keputusan pilihan raya negeri Sabah 2020 Keputusan Perlawanan SSMP 2016